Wednesday, July 25, 2012

Konsep Slim Diet II – ‘PROTEIN SPARING MODIFIED FAST’

Konsep Slim Diet II -‘PROTEIN SPARING MODIFIED FAST

(Ketogenic Diet)

Konsep Protein Sparing Modified Fast adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci (Dr George Cahill dan Dr George Blackburn).

Kebanyakan pelan diet bertumpu kepada pengurusan pengambilan kalori yang mana pada hari ini terbukti kurang berkesan malah ada pengguna yang akhirnya mengalami masalah kegemukan lebih teruk daripada sebelum mengikuti pelan diet tersebut.

CIRI-CIRI PELAN DIET YANG BAIK (SLIM DIET II)

PROTEIN YANG MENCUKUPI : Protein yang mencukupi akan memastikan badan tidak akan bekerja keras untuk melindungi fungsi hati, paru-paru dan otak. 
 
Slim Diet II mengandungi kandungi protein maksimum dan kalori yang minimum. Secara idealnya, pengambilan Slim Diet II hendaklah disertai dengan pengambilan 1 gram protein bagi setiap kg berat badan yang ideal.
 
Contoh Keperluan Protein Badan:
 Jika berat badan anda ialah 80kg, sedangkan berat badan ideal anda ialah 60kg, maka anda perlukan 60gram protein setiap hari.

Dalam program diet SDII, sukatan SDII yang diambil mengikut arahan mengandungi 40gram protein.

Oleh itu, anda memerlukan 20gram protein lagi dalam diet harian anda!

ESSENTIAL FATTY ACID (EFA) YANG MENCUKUPI

EFA = Omega 3 & Omega-6

EFA adalah penting utk memastikan badan dapat menyimpan vitamin-vitamin yang mampu menyerap lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K.

MINERAL DAN VITAMIN YANG MENCUKUPI

Vitamin dan mineral adalah merupakan kandungan utama SDII.

Empat hidangan SDII sehari cukup untuk memastikan badan menerima sekurang-kurangnya amaun minimum vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang diperlukan badan.

AIR YANG MENCUKUPI

Minimum air diperlukan badan = 2 liter sehari.

Apabila seseorang diet, akan berlaku perubahan struktur dalam tubuh.

Gangguan akan berlaku terhadap jaringan lemak sedia ada dalam tubuh yang mana lemak-lemak ini perlu dinyahkan dari tubuh tanpa mengakibatkan fungsi hati dan buah pinggang terganggu dengan aktiviti melampau. Untuk itu, potassium diperlukan utk melindungi fungsi buah pinggang (1 – 2 gram sehari).

Cadangan makanan diambil bersama Slim Diet II untuk menangani perkara ini; pengambilan salad yang mengandungi 2 mangkuk daun salad (lettuce), 1 cawan timun, 1 tangkai seleri, ½ buah tomato sederhana dan cuka epal. Salad ini tinggi kandungan potassium.

FIBER YANG MENCUKUPI

Adalah amat penting untuk buang air besar setiap hari. Salad yang diambil setiap hari juga turut membantu memastikan perkara ini.

Umumnya, manusia kekurangan fiber boleh larut (soluble fibre) dalam diet harian mereka.

Pengambilan fiber dalam pelan diet SDII adalah penting.

Walaubagaimana pun, pengambilan buah-buahan adalah termasuk dalam makanan yang harus dikurangkan/dielakkan sewaktu mengamalkan SDII kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi.

SENAMAN YANG MENCUKUPI

Berjalan selama 20 – 30 minit setiap hari sudah memadai untuk membantu memecahkan kalori.

Walaubagaimana pun, kadar senaman hendaklah bergantung kepada tahap kesihatan seseorang.

Sekiranya anda seorang yang mempunyai masalah kesihatan, memadailah dengan berjalan di permukaan yang rata atau gantikan saja dengan senaman lain seperti renang.

KARBOHIDRAT YANG TERKAWAL

Makanlah makanan yang ada dalam senarai yang dicadangkan/dibenarkan sahaja.

Sesungguhnya mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah suatu cabaran yang amat berat.

Terdapat 2 jenis karbohidrat;

1. Karbohidrat yang biasanya terkandung dalam makanan berwarna putih, bergula dan berkanji seperti nasi, gandum, roti, pasta, gula dan buah-buahan (Buah termasuk dalam kategori ini kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi).

Bahan-bahan ini dimetabolismakan oleh badan dengan sangat mudah yang mana akhirnya mengekalkan lemak.

2. Karbohidrat kompleks yang mana badan memetabolismakannya dalam peringkat yang sama seperti pembakaran tenaga.

Contohnya sayuran hijau. Oleh itu, sebagai hidangan harian utama sewaktu mengambil SDII, 5 cawan sayuran hijau yang dimasak mengikut suka dengan tambahan protein adalah sangat mencukupi!

Info Slim Diet II – 5 Manusia Tergemuk Di Dunia

Info Slim Diet II – 5 Manusia Tergemuk Di Dunia

Gemuk atau obesiti  bukan satu ciri idaman, baik lelaki atau perempuan. Semua nak kurus, nak cantik. Tapi sebab faktor genetik,pemakanan & etc ada  yang merana sebab terlebih berat badan.
Ini antara 5 orang terberat dalam rekod dunia yang boleh dikatakan merana fizikal & mental:
 
1- Carol Yadger

Wanita pertama  paling berat di dunia dan juga dalam sejarah manusia , rekod terberat yang pernah adalah seberat 727kg. Masalah lebihan berat badan yang melampau menyebabkan dia dijangkiti pelbagai penyakit seperti jangkitan bakteria sehingga Carol  tidak mampu untuk berdiri atas berat badannya. Carol hanya mampu untuk hidup selama 34 tahun dan meningal kerana penyakit buah pinggang serta kegagalan organ berfungsi kerana lebihan lemak.
 
2- Jon Brower Minnoch

Berat badannya 132 kg ketika 12 tahun dan pernah dimasukkan ke hospital. Walaupun berat badan turun semasa menjalani rawatan tetapi selepas keluar daripada hospital berat badannya meningkat sebanyak 2-4 kali ganda dan yang terberat pernah direkodkan adalah 635kg.

3-Manuel Uribe

Mempunyai berat sebanyak 578kg dan pernah terlantar di atas katil selama 8 tahun setengah dari tahun 2001 sehingga 2008 dan sekarang Manuel dalam proses penurunan berat badan.

4- Walter Hudson

Dia mempunyai berat badan sebanyak 544kg dan mempunyai motto hidup yang pelik iaitu “makan apa sahaja dan nikmatilah ia“, Walter juga pernah mengalami pengalaman yang menyedihkan iaitu tersekat dipintu bilik sehinggalah pasukan penyelamat datang untuk memecahkan bilik untuk menyelamatkan Walter.

5-Rosalie Bradford

Makan ialah hobinya sejak dari kecil lagi dan apabila umurnya 14 tahun berat badannya sudah mencecah 92kg dan terus meningkat 140kg semasa 15tahun, berat maksimun yang pernah dicapainya adalah sebanyak 544kg . Ros juga pernah membuat cubaan bunuh diri beberapa kali kerana tertekanan dengan berat badannya. Dan pada umur 63 tahun Ros meninggal dunia.
Tentu korang tak nak jadi macam ni kan? Kalau rasa rasa BMI tu dah terlebih, & diet semuanya tak menjadi baik cepat jumpa doktor. Mungkin ada masalah dengan hormon iaitu leptin resistant yang tak mampu nak bagitahu otak kita yang kita dah kenyang.

Sumber dari :selangor2u.com

Info Slim Diet II – Selamat Tinggal Peha Besar!

Info Slim Diet II – Selamat Tinggal Peha Besar!

Peha besar mungkin dah jadi satu masalah biasa bagi perempuan. Kalau body cutting Fasha Sandha tiba tiba peha saiz Farah Fauzana. 
Nak beli seluar pun dah terseksa. 
 
Lelaki jarang bermasalah macam ni sebab memang diorang dicipta kan  tanpa cutting.
 
Benda pertama patut tahu,kita tak boleh nak tumpukan untuk buang lemak kat certain part sahaja.

Melainkan dengan liposuction yang mahal dan bahaya ataupun teknik yang lebih murah iaitu guna KRIM PATI HALIA MUSTAJAB tapi lambat. Entah berapa lori  krim  baru kurang 3mm.

Kalau turun berat badan, turun semua dan kalau naik berat badan maksudnya naik semua bahagian. Takkan pernah ada ‘turun kat bahagian perut yang lain maintan je‘ tapi kalau lah betul ada mungkin Malaysia ni dipenuhi dengan lelaki ‘tuff’  tanpa perut boroi.

Senaman dan diet yang betol mungkin boleh membantu gadis gadis berpeha besar. Tapi macam mana nak bersenam? Nak kena makan apa?

1 – DIET
Kekerapan: Setiap hari
Bosan tahan nafsu makan? Tetapi itulah hakikatnya. Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang sepatutnya. Protein kena cukup untuk bantu kekalkan otot peha (dan otot bahagian lain jugak) ketika proses penurunan berat badan. 2g protien untuk setiap 2kg.

2 – Senaman fokus pada paha
Kekerapan: 3 kali seminggu
Fokus pada senaman yang melibatkan otot peha depan dan peha belakang. 2 contoh senaman yang boleh kita buat  ialah ‘Lunges’ dan ‘Squat’.

Lunges

Squats

Buat 3 set untuk setiap senaman, satu set mempunyai 10 ulangan. Tak payah nak beli dumbell segala senaman ni boleh di buat tanpa dumbell. Kalau nak tahu cara yang betul, boleh search kat YOUTUBE.

3 – Senaman kekuatan dahulu, baru cardio
Kekerapan: 3 kali seminggu
Buat senaman di atas sebelum memulakan kardio (jogging). Untuk pastikan kita dah guna sehabis mungkin ‘muscle glycogen’ dan ‘liver glycogen’ masa buat senaman tadi. Bila kita mula jogging, badan mungkin dah kehabisan sumber tenaga tadi, so terpaksa guna sumber tenaga alternatif yang terakhir iaitu lemak.

4 – Rehat
Isnin senaman/kardio, Selasa rehat, Rabu kembali kepada senaman/kardio, dan seterusnya. Rehat penting untuk tisu-tisu otot bahagian kaki  ’dibaiki’. Otot peha yang kuat akan membakar lebih lemak ketika bekerja. Diet dan rehat yang cukup sangat membantu dalam proses menghilangkan lemak dan membentuk otot.
Dengan 4 steps ni + cara yang betul dan konsisten, hasil akan kelihatan dalam masa sebulan. InsyaAllah, tak ada jaminan ni tau. Korang kena rajin kalau malas hiduplah dengan peha besar tu selamanya. No pain no gain lah kan?

Sumber dari : selangor2u.com

Info Slim Diet II – Sindrom ‘Dah turun berat, kemudian naik balik’

Kadang-kadang kita melihat ramai yang berjaya menurunkan berat badan, tetapi tidak ramai yang berjaya mengekalkannya.
 
Sebagai contoh iaitu Testimoni X .
 
Asalnya, beliau berjaya menurunkan berat badan dari 103 kilogram ke 59 kilogram hanya dalam masa 8 bulan. 
 
Namun kini beliau dikatakan sudah kembali memiliki bentuk badan yang asal, malah ada yang mendakwa beliau kini kelihatan lebih gemuk berbanding sebelumnya. 
 
Persoalannya di sini, mengapa situasi ini terjadi?
 
1. Niat
Sesungguhnya persoalan ini bukanlah persoalan baru.Untuk menjawab kes Testimoni X tadi, mudah sahaja iaitu dengan melihat kembali niat untuk menurunkan berat badan itu sendiri,

Adakah sekadar mahu kelihatan cantik? (supaya ada yang berkenan pada kita)

Adakah sekadar mahu melepasi ujian fizikal PTD?

Adakah sekadar mengelak cacian dari rakan-rakan? (Bila tak dicaci, dah tak buat)

Adakah sekadar ingin kelihatan cantik ketika di jinjang pelamin? Atau adakah…

Senarai soalan ini sememangnya tidak akan berhenti dan aku pasti mungkin ramai yang “terhantuk” ketika membaca soalan-soalan ini.

Kenapa perlu teliti niat dan motif untuk turun berat badan? Ini kerana niat menggambarkan tempoh komitmen.

Jika sekadar ingin menurunkan berat badan kerana ingin kelihatan “kurus” dalam foto kahwin bersama pasangan, maka sila kirim salam kepada bentuk badan Lisa Surihani kerana niat sebegini memang tidak akan kekal lama.

2. Cara
Kedua, kita melihat pula apakah solusi untuk mencapai soalan-soalan di atas.

Adakah dengan bergantung kepada produk-produk MLM?
Adakah dengan mengamalkan diet “Tak makan nasi” seperti pelarian Somalia?

Adakah dengan “mengurung” nafsu makan dengan hanya menjamah meal-replacement atau protein?

Adakah dengan “menutup mata” dari melihat makanan-makanan di sekeliling dengan memberitahu kawan-kawan (sebab nak sedapkan hati punya pasal) nasi itu menggemukkan, dan sate itu menggemukkan?

Jika inilah cara yang anda terapkan untuk kurus, maka sila kirim salam kepada seluar panjang bersaiz 33 itu kerana cara sebegini memang tidak akan ke mana.

3. Praktikal atau Tak masuk akal?
Akhir sekali, kita melihat pula adakah cara yang kita laksanakan itu memang praktikal atau tak masuk akal?

Ada yang bergantung kepada produk untuk kurus, tetapi produk tu cakap jangan makan nasi.

Sampai suatu masa, rupa kurus itu menjelma, lalu anda berhenti ambil produk dan mula makan nasi macam yang kebiasaan orang normal Malaysia lakukan.

Mak pula bila dah lihat anak tu kurus, dimasaknya pula makanan kegemaran anaknya iaitu ikan patin masak asam pedas tempoyak, bukan apa, mak gembira anak dah boleh makan nasi balik.

Adakah kegemukan itu mustahil untuk kembali menjelma?

Anda tak perlu jawab soalan ini kerana Testimoni X sudah jawabkan untuk anda.

Apa yang Testimoni X jawab? Testimoni X jawab, “Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula.

Dah lapan bulan saya tak makan nasi.”

Kes Testimoni X di sini hanya sekadar contoh.

Pokoknya memang ramai lagi orang yang mengamalkan cara Testimoni X ini di luar sana.

Bila berat badan kembali naik, mulalah melatah dan menyebarkan mitos nasi itu menggemukkan, dan sebagainya.

Sedangkan yang tak betul itu adalah cara dietnya, bukannya nasi.

Jadi soalan aku kepada anda semua, adakah diet tak makan nasi ini Praktikal atau tak masuk akal?

Secara peribadi aku menjawab ia tidak praktikal, kerana boleh dikatakan 99% kedai makan di Malaysia menghidangkan nasi, hampir ke semua isi rumah di Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan harian.  

Mana boleh elak bai, takkan ko tak nak makan nasi sampai ko mampus? Ini sekadar contoh sahaja.

Beberapa contoh cara diet yang tak masuk akal yang lain adalah:
  1. Meal-replacement (makanan pengganti) – bukan pilihan diet yang bijak kerana kebiasaannya ia mahal, dan tidak praktikal diambil seumur hidup sehingga anda mati melainkan anda jutawan MLM yang ada wang berkepuk-kepuk di dalam Bank. Tiada magiknya meal-replacement boleh membuatkan anda kurus jika anda makan seperti biasa, seperti orang normal makan. Kenapa? Kerana orang normal makan 2000kcal sehari, dengan jumlah pengambilan 2000kcal sehari mana boleh kurus, kecuali jika anda membakar kembali beberapa ratus kalori tersebut menerusi senaman.
  2. Crash-diet (diet menjunam) – bukan pilihan diet yang bijak kalau “terpaksa” elak satu-satu hidangan, terutamanya makan malam. Berat akan naik dengan mudah kerana yang banyak turun itu adalah otot, bukannya lemak.

Sekarang beritahu saya apa solusi untuk turunkan berat badan dengan berkesan!

Sekali lagi, tiada magiknya dalam menurunkan berat badan, cuma kita kena ubah kembali 3 perkara di atas menjadi seperti berikut:

1. Niat – Niat untuk kekal sihat dan “good-looking” biarlah sampai tua, bukan kerana ada ujian fizikal PTD, sebab hujung tahun ini nak kahwin, atau sebagainya. Dengan cara ini, barulah misi untuk kekal sihat dan lawa akan menjadi komitmen seumur hidup.

2. Cara – Kebanyakkan cara menurunkan berat badan yang ada pada masa kini bukannya tak berkesan, cuma tak berapa praktikal. Sebaik-baik cara untuk menurunkan berat badan ialah ia bukan sahaja tidak menyeksakan (seksa diri dan wang poket), malah boleh terus disambung amalannya walaupun matlamat untuk mendapatkan berat idaman sudah tercapai; ini untuk memastikan berat badan dan tahap kesihatan yang baik itu terus kekal. Dalam bahasa mudah, cara diet yang betul merupakan gambaran awal gaya hidup anda selepas kurus.
  • Kita harus fikir yang kita hidup dalam komuniti yang besar, mereka yang tinggal dalam komuniti ini makan 4 kali sehari (Sarapan, makan tengahari, makan petang, malam). Kalau kakitangan kerajaan tu mungkin ada ekstra 6 kali sehari (sarapan pagi sampai 2 kali, satu pukul 8, satu lagi pukul 10). Itu tak menjadi masalah, kita yang bijak perlu tahu berapa jumlah kalori yang masuk dalam badan.
  • Makan kerap tak apa, asalkan kuantiti/kalorinya kena dengan tubuh badan kita.
  • Orang dalam komuniti besar ini juga makan nasi, maka kita perlu ikut fitrah ini dengan makan nasi juga. Jangan buat sesuatu yang tak masuk dek akal dengan menolak nasi, menolak mee dan sebagainya. Nanti orang lain ingat kita bukan orang Malaysia pula.
  • Kalau ketika hendak kurus kita rajin besenam, bila dah kurus jangan berhenti bersenam. Teruskan bersenam, tanamkan niat bersenam untuk kekal sihat, bukan untuk tubuh badan lawa sahaja.
3. Praktikal – Jika diteliti kembali niat (1) sebentar tadi, kita hendak kekal sihat dan lawa sehingga ke tua, atau bahasa mudahnya sihat dan lawa “Seumur hidup”. Bila kita sebut komitmen “Seumur Hidup”, maksudnya kita hendaklah mengamalkan Cara (2) seumur hidup kita, dan ini bersamaan dengan perubahan gaya hidup.

Sumber dari : sususejat.com

INFO SLIM DIET 2 – PANDUAN PEMAKANAN BULAN RAMADAN

INFO SLIM DIET 2 – PANDUAN PEMAKANAN BULAN RAMADAN

Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang...semasa berdiet AL SD2 yang perlu kita perhatikan. 

Pantang AL SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita jaga. 

Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil AL SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. 

Hikmah di bulan Ramadhan begitu indah, walaupun tidak makan melebihi 6 jam..kita tidak berasa lapar seperti di bulan-bulan lain kan?

Apabila kita sudah berbuka nanti makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.

Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah memakan cukup protien semasa berdiet. 

Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. 

Maka bolehlah buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan AL SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing.

Contohnya: 2 skup waktu sahur, 2 skup waktu berbuka, 2 skup selepas makan malam dan 2 skup lagi sebelum tidur.

Namun begitu jika anda merasakan 4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya 8 skup juga.

Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur (2 skup).

Pentingnya kita mengambil 8 scoop kerana kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda turun tetapi anda tidak memakan cukup protien maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda.

Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti maka kulit anda tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung. 

Sekiranya cukup memakan protien maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik.

Kesan kedua adalah apabila tidak cukup memakan protien maka apabila anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubat diet yang ada dipasaran. 

Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protien yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.

Itu sebabnya pengguna produk AL SDII perlu pastikan pengambilan produk AL SD2 seperti yang sepatutnya iaitu 8 skup sehari..

DAPATKAN PRODUK HEBAT INI SEKARANG..
HOTLINE : 019-2602537
RAKAN NIAGA DIPERLUKAN SEGERA

Monday, July 9, 2012

Alpha Lipid Slim Diet II New Image

PRODUK PELANGSINGAN BADAN TERKENAL DI NEW ZEALAND KINI DI MALAYSIA !

Hasil dari kejayaan dan sambutan yang luar biasa dari produk kolostrum Alphalipid Lifeline, langkah seterusnya NZ NEW IMAGE telah memperkenalkan satu lagi produk baru yang BAKAL MENGGEGARKAN pasaran Malaysia.

  1. Memegang Rekod Dunia dengan penurunan berat badan 64 kg dalam masa 1 bulan
  2. Melangsingkan badan secara sihat & semulajadi dengan program yang ringkas & mudah
  3. Sihat dengan zat-zat pemakanan yang seimbang
  4. Kadar penurunan berat yang seimbang & sekata, tiada masalah kulit kendur & berkedut
  5. Masalah kesihatan yang dialami bertambah baik tanpa disedari

Nak kurus tanpa perlu berlapar?

Bunyinya seperti anda tak percaya tapi itulah hakikatnya apabila anda mengikuti program diet secara sihat bersama Slim Diet 11 (SD2).

Slim Diet 11 adalah produk pelangsingan badan yang terkenal di New Zealand dan kini baru dipasarkan di Malaysia.

Program yang berdasarkan kepada penyimpanan protein dan diet ketogenik ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University( Dr.George Cahill and Dr. George Blackburn).

Kelebihan menjalani program Slim Diet 11:
  • Ianya adalah selamat kerana ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang.

    • Tidak mengandungi segala jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan.
    Ianya adalah berkesan. Kita merasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berterusan.Ia juga tidak menimbulkan kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan.

    Penurunan purata 1 minggu adalah 3 kg jika setia pada program tanpa perlu berlapar.

    Program SD2 juga adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan program-program yang lain yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maksudnya disini adalah kos perkg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.

    SD2 juga menyebabkan proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan secara semulajadi.Tidak perlu ubat tambahan untuk proses ini. Cukup dengan meminum air yang banyak.

    Yang penting sekali, kita boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau ‘yo-yo effect’ dapat dikurangkan.

    Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat.SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin,galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang.

    Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat).

    Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung,masalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya-Allah...Ianya tidak menyebabkan:
    1. Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari.
    2. Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.
    • Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan.
    • Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari.
    • Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.

    Adakah SDII program diet yang berprotien tinggi dan ia akan menyebabkan sakit buah pinggang dan masalah liver ?

    Satu lagi soalan yang sangat popular yang saya selalu ditanya adalah apabila orang ramai mengatakan bahawa cara diet yang memakan rendah karbohidrat ini adalah tidak sihat kerana ia akan merosakkan hati dan buah pinggang.

    Kadangkala soalan ini datang dari mereka yang terlibat didalam industri kesihatan itu sendiri.

    Saya sangat tertarik kerana apabila mereka bertanya soalan seperti ini akan tetapi kenapa pula mereka tidak bertanya budaya cara memakan karbohidrat berlebihan selama bertahun-tahun itu adakah satu cara pemakanan yang sihat atau tidak ?

    Adakah mereka faham bahawa kerana terlampau memakan karbohidrat berlebihan selama bertahun-tahun itu menyebabkan gula berlebihan didalam darah mereka serta badan sentiasa mengumpulkan lemak yang mengakibatkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan stroke ?

    Adakah cara memakan karbohidrat berlebihan itu lebih baik dari cara kita berdiet untuk mengurangkan memakan karbohidrat buat sementara waktu fasa berdiet sahaja ?

    Jika anda faham permasalahan ini dengan betul maka anda senyum sahajalah kepada doktor anda yang tidak faham itu.
    Perkara pertama yang perlu kita faham bahawa cara program diet SD2 bukanlah cara pemakanan berprotien tinggi tetapi terma yang lebih tepat adalah pemakanan yang rendah karbohidrat.

    Kedua-dua ini mempunyai makna yang jauh berbeza. Kita kena faham bahawa kita mengurangkan pemakanan berkarbohidrat berlebihan ini hanyalah dalam waktu tempoh yang singkat dalam fasa berdiet sahaja.

    Namun begitu kita masih mengambil karbohidrat sehingga had yang dibolehkan, memakan protien secukupnya seperti yang disarankan pakar pemakanan, memakan sayuran, memakan asid lemak yang baik serta meminum air yang cukup.

    Apabila kita sudah mendapat berat yang kita idamkan maka kita boleh merubah kembali cara pemakanan yang mengambil lebih sedikit karbohidrat tetapi tidak lagi kembali pada cara pemakanan yang lama dengan mengambil karbohidrat secara berlebihan.

    Pada tahap ini anda kena faham bagaimana cara pemakanan fasa mengekalkan berat badan.
    Perkara yang kedua yang perlu kita faham bahawa cara pemakanan diet SD2 ini bukanlah apa yang mereka katakan memakan makanan protien yang tinggi.

    Yang paling tepat adalah kita memakan makanan yang rendah karbohidrat tetapi protien yang kita ambil tidaklah berlebihan.

    Adakah anda tahu bahawa seorang lelaki yang berumur 25 tahun keatas perlu memakan sekurang-kurangnya 63 gram protien sehari dan perempuan yang berumur 25 tahun keatas perlu memakan 50 gram protien sehari sebagai keperluan protien yang cukup untuk kehidupan harian.

    Source: Food and Nutrition Board, National Research Council, National Academy of Sciences, 10th ed 1989, National Academy.Press: Washington, DC.

    Apabila kita memakan SD2 sebanyak 2 skup 4 kali sehari maka kita mengambil lebih kurang 41.2 gram protien sehari.

    Yang selebihnya protien dari makanan dan ini tidaklah berlebihan juga.

    Adakah ini yang dikatakan cara makanan berprotien tinggi ?

    Anda boleh beri senyuman yang kedua kepada doktor anda tadi.

    Setakat ini , masih tidak ada kajian yang kukuh menunjukkan bahawa cara pemakanan sebegini mendatangkan masalah kepada buah pinggang dan liver kepada orang-orang yang sihat.

    Beberapa kajian yang telah saya jumpa yang telah dibuat oleh Atkins menyatakan bahawa tidak ada sebarang kesan yang tidak baik berlaku kepada mereka-mereka yang terlibat didalam kajian pemakanan terkawal rendah karbohidrat samada jangka pendek atau tempoh jangka panjang.

    Namun begitu, individu yang telah memang mengalami masalah buah pinggang yang teruk dan terpaksa mengawal setiap pemakanan mereka termasuk juga mengawal meminum air, maka cara diet sebegini memanglah tidak sesuai untuk mereka.

    Sekiranya anda sakit, maka langkah yang baik adalah pulihkan sakit anda dahulu kemudian barulah berdiet.
    Ambillah kolostrum Alphalipid atau herba Cordyceps jika anda ingin membaikpulih atau menguatkan buah pinggang anda.

    Sekiranya anda mempunyai masalah "sluggish atau heaty" liver maka cubalah herba Dandelion dan ambillah herba Milk Thistle jika anda ada masalah "toxic" liver sebagai sumplement tambahan.

    Adakah anda sebenarnya memakan protien yang cukup ?

    www.myhealthportal.net

    sumber: Kamarul Nordin _ facebook

    PERATURAN PEMAKANAN BAGI PENGAMAL PROGRAM DIET SEIMBANG SD2

     Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD2 ?

    Berikut adalah peraturan-peraturannya dan ingatlah peraturan-peraturan ini seolah-olah nyawa anda tergantung kepadanya.

    Apabila anda bermula dengan diet SD2, lakukan dengan bersungguh-sungguh dalam 2 minggu pertama setiap peraturan-peraturan yang telah dinyatakan untuk berjaya.

    Lakukanlah dengan sepenuh hati dan jiwa setiap peraturan-peraturan tersebut sebelum anda melakukan versi peraturan anda sendiri.
    1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN.( DO NOT SKIP MEALS)
    Makan 3 kali sehari dgn saiz sedarhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.

    2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA.( DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)
    Setengah org perlu mengambil snek setiap 4 jam.

    3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)
    makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik dan seumpanya dan makanlah sehingga anda kenyang dgn selesa dan bukan terlalu kenyang.

    4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI. (EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)
    Setengahnya berpendapat mengatakan tidak boleh melebihi 20 gram karbohidrat setiap hari.
    Sebenarnya 35 grams karbohidrat itu datang dari kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan.Kita juga mungkin boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.

    5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANANYANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET. (EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES, LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WIEGHT LOSS PROGRAM)

    6. MINUM SEKURANG-KURANGYA 2LITER AIR KOSONG SETIAP HARI
    (Drink at least 2 litre of water everyday)

    7. Hindari minuman berkafein seperti cofee, tea dan minuman ringan dan bergas.(Avoid caffeine in the form of coffee, tea and soft drinks)
    Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.

    8. Kira setiap paket pemanis tiruan sebagai 1 gram net karbohidrat.
    (Count each packet of artificial sweetener as 1 gram of net carbs)
    Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu.

    9. Apabila anda makan diluar, maka berhati-hatilah dengan karbohidrat yang tersembunyi.
    (When you eat out, watch for hidden carbs)
    Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.

    10. Jangan menyangka semua makanan mempunyai karbohidrat yang rendah.
    (Dont assume any food is low in carbohydrate)

    CADANGAN PEMAKANAN UTK PENGAMAL PROGRAM SD2

     Sarapan
    1. Telor -Mata Kerbau, Omelet (campur sausage, bawang, capsicum, tomato) rebus
    2. Sausage – Rebus, Grill, Slice kecil dan goreng
    3. Burger daging
    4. Ayam kukus dengan spices
    5. Fish finger/fillet ( cari yang chunky kurang tepong)Makan Tengah hari
    1. Ayam , daging, Ikan, makanan laut, tauhu , tempe, telor itik dan sayur dalam apa juga cara masakan2. Yong tau fu tanpa kuey teow – kurangkan gravyMakan Malam
    1. Soup/tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur
    2. Sama dengan makan tengah hari
    Snek
    1. Kacang tanah ( tak terlalu banyak)
    2. Kacang soya (boleh didapati di snek seksyen mana-mana supermarket.
    3. Tempe/ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan chili potong
    (Kalau makan diluar ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop)
    *Kebanyakan chili sauce ada kandungan gula yang tinggi
    *Gravy untuk lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan kanji
    *buah-buahan jgn mkn lg sebab akan bertukar jadi gula..

    SD2 mendapat kelulusan KKM

    Ok disebabkan masih ada pengguna or bakal pengguna yang masih ragu2..disini ada sedikit info adakah Slim Diet II Diluluskan KKM?

    Ya...SDII ada kelulusan KKM.. barang import dari negara luar, sudah tentu kena dapatkan kelulusan KKM... Produk ini sudah masuk singapore, australia, hongkong, japan, taiwan, dan byk negara. Singapore adalah negara mempunyai peraturan terketat didunia.... Jika singapore sudah masuk sudah tentu KKM meluluskan..

    SDII berkonsepkan Protein Sparing Modified Fast adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci oleh Dr George Cahill dan Dr George Blackburn.

    New Image mempunyai Kawalan Kualiti Yang Ketat iaitu Liabiliti Insuran Produk NZ$20juta (RM47juta) sekiranya memudaratkan penggunanya..SDII juga terjual seluruh dunia selama 21 tahun lamanya.

    SDII bukan barang seludup.. New image adalah sykt berdaftar.. brg  import yg memasuki malaysia.. mesti mndpt kelulusan dr badan-badan tertentu.. Malaysia juga ada peraturan.. Tak pasal2 lesen sykt akan di tarik balik kalau tak cukup syarat... tapi di tin SDII mmg takde cop KKM.. sebab dikilangkan di new zealand.. dibungkus disana.. senang cite fully imported... nak tengok certificated KKM leh datang ke HQ New Image International di North Point Mid Valley...

    SDII adalah makanan tambahan berbentuk susu soya... cuba lihat di tin susu Anlene? mereka juga tiada logo KKM.. sama seperti SDII.. ia bukan ubat.. jikalau ubat memang harus mempunyai logo KKM...

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN BIMBINGAN PERCUMA

    SILA HUBUNGI :

    019-2602537

    USTAZAH ZATUR RAWIAH BINTI MOHD YUSOF

    INFO SLIM DIET II - 10 Tips Ringkas Kuruskan Badan.

    INFO SLIM DIET II - 10 Tips Ringkas Kuruskan Badan.

    Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. 

    Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

    Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

    Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

    Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:
    1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 3-5 kg dalam seminggu.

    Biasanya 3 kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan pengguna sd2. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 1-3 kg pun dah bagus untuk permulaan.

    2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan.

    3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.Elakkan  juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi) . Lebihkanlah memakan sayur-sayuran segar.

    4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak).

    5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

    6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

    Sebagai contoh:
    •  Sebelum sarapan , ambil satu hidangan sd2 dan baru sarapan pagi di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
    • Makan sekeping biskut kraker jika lapar di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi) , kalau tak lapar tak perlu makan .
    • Sebelum makan tengahari , ambil satu hidangan sd2  dan baru makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
    • Sebelum makan malam , ambil satu hidangan sd2 dan baru makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
    • Satu jam sebelum tidur , ambil satu hidangan sd2 ( 10.00 malam )
    Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

    7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

    8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

    9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

    Sebagai contoh:

    Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

    Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

    10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

    Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
    Selamat Mencuba !!!

    Info Slim Diet II - GEMUK PUNCA PENYAKIT

    Info Slim Diet II - GEMUK PUNCA PENYAKIT

    Image

    Image

    Kurangkan berat badan

    MONTEL, gemuk gempal, gendut atau apa-apa saja gelaran yang diberi, apa yang pasti ‘fenomena’ berat badan berlebihan merupakan masalah yang melangkaui sempadan agama, bangsa, warna kulit mahupun negara.

    Gemuk bukan sekadar menjejaskan penampilan diri malah lebih mustahak ia kerap dikaitkan dengan masalah kesihatan terutama apabila berat badan mencapai tahap obesiti.

    Masalah tersebut amat berkait rapat dengan gaya hidup terutama dari segi tabiat pemakanan yang tidak sihat sehingga mendorong kepada timbulnya frasa baru ‘mati bukan kerana tak makan tapi mati kerana terlebih makan’.

    Begitu pun hasil kajian terbaru oleh sekumpulan penyelidik di Britain baru-baru ini, mungkin membuat sebahagian daripada mereka yang menghadapi masalah tersebut mula memeriksa semua tabiat pemakanan mereka atau berkira-kira untuk mendaftar di mana-mana gimnasium atau pusat kecergasan.

    Ini kerana, hasil kajian oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Oxford itu mendapati risiko obesiti sama bahayanya dengan merokok iaitu boleh memendekkan jangka hayat hidup seseorang.

    Kumpulan penyelidik tersebut telah menjalankan sebanyak 57 kajian yang meliputi beberapa kawasan di Eropah dan Amerika Utara.

    Kajian tersebut melibatkan seramai sejuta orang dan tempoh penyelidikan telah berlangsung selama 10 hingga 15 tahun.

    Dalam tempoh tersebut, didapati lebih kurang 100,000 orang yang terlibat dalam kajian telah meninggal dunia.

    Menggunakan kaedah ukuran indeks jisim badan (BMI) iaitu ukuran yang membahagikan berat seseorang dalam kilogram dan ketinggian dalam meter untuk menentukan tahap obesiti, para penyelidik tersebut mendapati jumlah kematian paling rendah pada manusia yang mempunyai BMI 23 hingga 24 iaitu ukuran normal berat badan ideal.

    Dalam satu kenyataan rasmi mereka menyatakan, golongan yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai BMI daripada 25 hingga 29. Manakala bagi yang mengalami obesiti pula, BMI mereka melebihi 30.

    Kajian tersebut yang telah diterbitkan bagu-baru ini dalam jurnal perubatan yang diberi nama Lancet. Jurnal perubatan tersebut telah dibiayai oleh Majlis Penyelidik Perubatan Britain, Pertubuhan Jantung Britain, Penyelidikan Kanser UK dan beberapa persatuan kesihatan lain.

    “Jika anda terasa berat badan anda semakin naik, inilah masanya untuk mengurangkan berat badan,” ujar salah seorang penyelidik, Sir Richard Peto.

    Peto yang juga ahli statistik dan profesor di universiti yang sama menemui fakta bahawa mereka yang mempunyai BMI 30 ke atas kehilangan tiga tahun daripada umur mereka sepatutnya hidup.

    “Mereka yang mempunyai BMI lebih daripada 40 akan kehilangan 10 tahun jangka hayat hidup, jumlah risiko yang sama dengan golongan yang kuat merokok,” jelas Peto lagi.

    Sementara itu, ketua projek penyelidikan yang juga seorang pakar epidemiologi di universiti berkenaan mendapati, sebanyak 50 peratus mereka yang mengalami obesiti akan mati lebih cepat daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.

    Dia juga mengeluarkan kenyataan bahawa kebarangkalian mereka yang mengalami obesiti untuk mati kerana penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, sakit buah pinggang atau masalah paru-paru adalah sebanyak dua pertiga. Manakala satu daripada enam orang yang obesiti akan mati disebabkan kanser.

    Salah seorang penyelidik lain pernah berkata bahawa sedikit kenaikan di dalam BMI sudah memadai untuk meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser.

    Keputusan hasil kajian terbaru itu nyata bercanggah dengan satu kajian terdahulu oleh kumpulan penyelidik berbeza, yang menyatakan bahawa golongan yang mempunyai berat badan berlebihan hidup lebih lama daripada mereka yang kurus dan mempunyai berat badan normal.

    Bagaimanapun kajian tersebut telah disangkal kerana ia adalah kajian yang telah dibuat antara tahun 1975 hingga 1985 dan kesimpulan tersebut tidak lagi relevan untuk zaman ini.

    Kadar peningkatan obesiti semakin mendadak di barat dan menjadi punca utama masalah jantung di barat.

    “Adalah diharapkan orang ramai menyedari tentang risiko penyakit yang akan menyerang jika mereka mengalami obesiti dan mengambil langkah segera untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat”.

    Sumber : Utusan Malaysia

    Info Slim Diet II - SENAMAN RINGKAS DI RUMAH

    Info Slim Diet II - SENAMAN RINGKAS DI RUMAH

    Ketekunan, keazaman serta disiplin penting jika mahu dapatkan bentuk tubuh menarik 

    SESETENGAH wanita menghadapi masalah menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Masalah perut buncit dan punggung yang kembang menyebabkan wanita selepas bersalin hilang keyakinan untuk kekal bergaya.

    Ketiadaan masa untuk bersenam akibat kesibukan kerja sering kali menyebabkan wanita sukar mendapatkan bentuk tubuh asal.

    Pakar Senaman Profesional dari Pusat Kecergasan Jazzercise, Christina Yap memberikan beberapa tip senaman ringkas yang boleh di buat di rumah dan tidak memerlukan masa membabitkan bahagian punggung dan perut.

    Katanya, senaman ringkas berkenaan hanya menumpukan kepada bahagian punggung dan perut tanpa memerlukan kerja keras.

    “Punggung dan perut buncit adalah otot senang untuk mengembang tetapi paling sukar untuk dikembalikan kepada bentuk asal terutama di kalangan wanita yang baru melahirkan anak.

    “Selain melakukan senaman ringkas, ketekunan dan keazaman serta disiplin perlu ada jika tidak usaha mendapatkan bentuk asal tubuh tidak akan berjaya.

    “Apa yang penting, senaman perlu dilakukan dengan betul mengikut peraturan ditetapkan. Jika peraturan dan disiplinnya tidak diikuti, hasilnya akan mengecewakan dan menyebabkan wanita terus malas bersenam,” katanya.

    Beliau berkata, ada ramai wanita yang mendapatkan tip senaman daripada pelbagai media tetapi mereka tidak mengikut peraturan dan langkah yang di buat.

    “Misalnya, untuk membuat tekan tubi (push up), kita beri arahan supaya tangan di bengkokkan dan kepala turun selari dengan tapak tangan, tetapi mereka yang bersenam membuat sebaliknya, mereka bengkokkan tangan tetapi kepala diturunkan tidak selari dengan tapak tangan menyebabkan mereka terpaksa kerja kuat untuk buat senaman itu.

    “Apabila itu terjadi, mereka menyatakan senaman berkenaan susah dan enggan meneruskannya. Ini menyebabkan ramai yang bersenam sekerat jalan dan usaha menurunkan berat badan atau mendapat bentuk punggung dan perut ke bentuk asal sukar dicapai,” katanya.

    Beliau menjelaskan mengikut arahan yang betul bukan hanya menyebabkan hasil yang diingini tercapai tetapi turut mengurangkan kecederaan ketika bersenam.

    Tip Senaman 
    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Pusat Kecergasan Jazzercise, Judi Sheppard Missett menyenaraikan beberapa senaman ringkas yang sesuai untuk mereka selalu sibuk.

    Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. 

    Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.

    Antara gerakan senaman itu ialah: 

    1. Turun naik tangga - elak guna lif di tempat kerja.

    2. Lebihkan berjalan - Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki.

    3. Gunakan alat senaman pemberat dumbbell - simpan sepasang di pejabat atau laci di dapur. Sementara menunggu faks atau kertas dicetak atau jika di rumah ketika anda menunggu sup masak, anda boleh lakukan senaman ringkas menggunakan dumbbell. Senaman ringkas ini sesuai untuk menguatkan otot tangan dan membuang lemak di lengan.

    Info Slim Diet II - 6 Tips Ringkas Untuk Melakukan Senaman

    Info Slim Diet II - 6 Tips Ringkas Untuk Melakukan Senaman

    Image

    Berasa seronok terhadap apa yang anda lakukan -
    Konsep senaman adalah untuk menggerakkan otot-otot tubuh anda daripada tidak melakukan apa-apa. Tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa berjam-jam di gym untuk melakukan senaman. Ianya adalah terpulang kepada keselesaan dan masa yang bersesuaian dengan anda. Sekiranya anda lebih selesa untuk berjalan-jalan di kawasan taman dan merasakan ianya dapat membuatkan anda gembira, teruskan usaha tersebut.

    Jadualkan senaman anda -
    Untuk anda melihat hasil daripada senaman yang telah dilakukan, ia perlu mengambil masa. Selain daripada itu, konsistensi amatlah penting untuk mendapatkan hasil yang anda idamkan. Sekiranya anda bersenam hanya mengikut apabila anda merasakan ingin bersenam, ianya pasti tidak akan berhasil kerana untuk melihat hasil daripada senaman perlukan usaha yang konsisten dan berterusan. Walaupun anda telah mendapatkan objektif sebenar anda melakukan senaman, ianya perlu diteruskan untuk anda memelihara berat, susuk tubuh, tenaga dan sebagainya. Jika tidak, pasti apa yang anda telah usahakan akan kembali kepada keadaan asal.

    Kepelbagaian -
    Adalah normal kepada seseorang untuk berasa bosan sekiranya melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Anda tidak perlu takut untuk mempelbagaikan jenis senaman yang anda rasa seronok untuk melakukannya. Mungkin sebelum ini anda bersenam dengan berjalan dan apabila anda sudah berasa bosan, mungkin anda boleh mempelbagaikannya dengan mengayuh basikal atau sebagainya.

    Mulakan senaman dengan pemanasan badan -
    Pasti ramai yang tidak merasakan pentingnya untuk anda memanaskan badan sebelum melakukan senaman. Otot-otot anda perlu diregangkan terlebih dahulu sebelum ianya ditugaskan untuk melakukan sesuatu yang lebih berat. Ini adalah untuk mencegah daripada kerosakan rangkaian otot dan membantu darah untuk mengalir dengan baik ke seluruh bahagian tubuh. Sekiranya darah tidak dapat dialirkan dengan baik, berkemungkinan anda akan pengsan, sesak nafas atau sebagainya. 5 minit sudah memadai untuk anda memanaskan badan.

    Lakukan senaman dengan cara bersukan-
    Bersukan adalah cara yang paling menyeronokkan untuk anda melakukan senaman kerana ia dapat mengelakkan anda daripada berasa bosan keseorangan. Dengan bersukan, anda boleh menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Sebagai contoh, bersukan seperti bermain bola sepak adalah waktu terbaik untuk anda mengeratkan silaturrahim disamping dapat membantu untuk menyihatkan tubuh badan.

    Bersukan dapat memberikan anda lebihan tenaga -
    Tidak dinafikan sekiranya anda baru sahaja bermula untuk melakukan senaman, pasti tubuh anda akan berasa lebih penat berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana perubahan terhadap rutin yang biasa dilakukan oleh otot. Tetapi, sekiranya ianya dilakukan secara berterusan, pasti anda dapat melihat hasilnya bahawa ia akan memberikan lebihan tenaga kepada anda. Anda akan lebih semangat untuk melakukan aktiviti harian anda yang lain dan ianya bukannya untuk lebih memenatkan anda.

    Saturday, July 7, 2012

    Slim Diet 2 New Image