Info Slim Diet II – 5 Manusia Tergemuk Di Dunia
Gemuk atau obesiti bukan satu ciri idaman, baik lelaki atau
perempuan. Semua nak kurus, nak cantik. Tapi sebab faktor
genetik,pemakanan & etc ada yang merana sebab terlebih berat badan.
Ini antara 5 orang terberat dalam rekod dunia yang boleh dikatakan merana fizikal & mental:
1- Carol Yadger

Wanita pertama paling berat di dunia dan juga dalam sejarah
manusia , rekod terberat yang pernah adalah seberat 727kg. Masalah
lebihan berat badan yang melampau menyebabkan dia dijangkiti pelbagai
penyakit seperti jangkitan bakteria sehingga Carol tidak mampu untuk
berdiri atas berat badannya. Carol hanya mampu untuk hidup selama 34
tahun dan meningal kerana penyakit buah pinggang serta kegagalan organ
berfungsi kerana lebihan lemak.
2- Jon Brower Minnoch

Berat badannya 132 kg ketika 12 tahun dan pernah dimasukkan ke
hospital. Walaupun berat badan turun semasa menjalani rawatan tetapi
selepas keluar daripada hospital berat badannya meningkat sebanyak 2-4
kali ganda dan yang terberat pernah direkodkan adalah 635kg.
3-Manuel Uribe

Mempunyai berat sebanyak 578kg dan pernah terlantar di atas katil
selama 8 tahun setengah dari tahun 2001 sehingga 2008 dan sekarang
Manuel dalam proses penurunan berat badan.
4- Walter Hudson

Dia mempunyai berat badan sebanyak 544kg dan mempunyai motto hidup yang pelik iaitu “makan apa sahaja dan nikmatilah ia“,
Walter juga pernah mengalami pengalaman yang menyedihkan iaitu tersekat
dipintu bilik sehinggalah pasukan penyelamat datang untuk memecahkan
bilik untuk menyelamatkan Walter.
5-Rosalie Bradford

Makan ialah hobinya sejak dari kecil lagi dan apabila umurnya 14
tahun berat badannya sudah mencecah 92kg dan terus meningkat 140kg
semasa 15tahun, berat maksimun yang pernah dicapainya adalah sebanyak
544kg . Ros juga pernah membuat cubaan bunuh diri beberapa kali kerana
tertekanan dengan berat badannya. Dan pada umur 63 tahun Ros meninggal
dunia.
Tentu korang tak nak jadi macam ni kan? Kalau rasa rasa BMI tu dah
terlebih, & diet semuanya tak menjadi baik cepat jumpa doktor.
Mungkin ada masalah dengan hormon iaitu leptin resistant yang tak mampu nak bagitahu otak kita yang kita dah kenyang.
Sumber dari :selangor2u.com
No comments:
Post a Comment