Monday, July 9, 2012

Info Slim Diet II - 6 Tips Ringkas Untuk Melakukan Senaman


Info Slim Diet II - 6 Tips Ringkas Untuk Melakukan Senaman

Image

Berasa seronok terhadap apa yang anda lakukan -
Konsep senaman adalah untuk menggerakkan otot-otot tubuh anda daripada tidak melakukan apa-apa. Tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa berjam-jam di gym untuk melakukan senaman. Ianya adalah terpulang kepada keselesaan dan masa yang bersesuaian dengan anda. Sekiranya anda lebih selesa untuk berjalan-jalan di kawasan taman dan merasakan ianya dapat membuatkan anda gembira, teruskan usaha tersebut.

Jadualkan senaman anda -
Untuk anda melihat hasil daripada senaman yang telah dilakukan, ia perlu mengambil masa. Selain daripada itu, konsistensi amatlah penting untuk mendapatkan hasil yang anda idamkan. Sekiranya anda bersenam hanya mengikut apabila anda merasakan ingin bersenam, ianya pasti tidak akan berhasil kerana untuk melihat hasil daripada senaman perlukan usaha yang konsisten dan berterusan. Walaupun anda telah mendapatkan objektif sebenar anda melakukan senaman, ianya perlu diteruskan untuk anda memelihara berat, susuk tubuh, tenaga dan sebagainya. Jika tidak, pasti apa yang anda telah usahakan akan kembali kepada keadaan asal.

Kepelbagaian -
Adalah normal kepada seseorang untuk berasa bosan sekiranya melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Anda tidak perlu takut untuk mempelbagaikan jenis senaman yang anda rasa seronok untuk melakukannya. Mungkin sebelum ini anda bersenam dengan berjalan dan apabila anda sudah berasa bosan, mungkin anda boleh mempelbagaikannya dengan mengayuh basikal atau sebagainya.

Mulakan senaman dengan pemanasan badan -
Pasti ramai yang tidak merasakan pentingnya untuk anda memanaskan badan sebelum melakukan senaman. Otot-otot anda perlu diregangkan terlebih dahulu sebelum ianya ditugaskan untuk melakukan sesuatu yang lebih berat. Ini adalah untuk mencegah daripada kerosakan rangkaian otot dan membantu darah untuk mengalir dengan baik ke seluruh bahagian tubuh. Sekiranya darah tidak dapat dialirkan dengan baik, berkemungkinan anda akan pengsan, sesak nafas atau sebagainya. 5 minit sudah memadai untuk anda memanaskan badan.

Lakukan senaman dengan cara bersukan-
Bersukan adalah cara yang paling menyeronokkan untuk anda melakukan senaman kerana ia dapat mengelakkan anda daripada berasa bosan keseorangan. Dengan bersukan, anda boleh menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Sebagai contoh, bersukan seperti bermain bola sepak adalah waktu terbaik untuk anda mengeratkan silaturrahim disamping dapat membantu untuk menyihatkan tubuh badan.

Bersukan dapat memberikan anda lebihan tenaga -
Tidak dinafikan sekiranya anda baru sahaja bermula untuk melakukan senaman, pasti tubuh anda akan berasa lebih penat berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana perubahan terhadap rutin yang biasa dilakukan oleh otot. Tetapi, sekiranya ianya dilakukan secara berterusan, pasti anda dapat melihat hasilnya bahawa ia akan memberikan lebihan tenaga kepada anda. Anda akan lebih semangat untuk melakukan aktiviti harian anda yang lain dan ianya bukannya untuk lebih memenatkan anda.

No comments:

Post a Comment