Info Slim Diet II - Panduan pemakanan mengikut cara Islam
Islam sebagai agama luhur bukan setakat mengajar umatnya mengenai amalan ibadah semata-mata, sebaliknya Islam melengkapi segenap lapangan kehidupan manusia.
Apa saja gerak kerja telah disediakan panduan lengkap, padat dan penuh berhikmah buat manusia. Hal itu termasuk dalam aspek gaya pemakanan.
Mengapa Islam turut memberi penekanan soal pemakanan? Di sini kita sewajarnya menelusuri sirah perjalanan Nabi s.a.w yang sentiasa mempamerkan jalur penghidupan terbaik yang mengajar umatnya bagaimana etika makan dan minum.
Inilah yang dikatakan Islam bersifat universal dan menyeluruh.
Misalnya, dalam satu peringatan Allah berfirman, “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (Maksud Surah al-Baqarah ayat 168).
Ayat ini suatu panduan proaktif dalam membina kekuatan jasmani, emosi dan rohani manusia yang murni. Makanan halal lagi baik menjadi teras dalam ajaran Islam yang bukan semata-mata menjaga kelangsungan sihatnya jasmani, tetapi juga akan memercikkan kesihatan jiwa dan hati.
Malah, Islam meletakkan kebersihan dan kesempurnaan adab dan aturan pemakanan sebagai satu prasyarat dimakbulnya doa oleh Allah. Mukmin yang sentiasa memenuhkan perutnya dengan sumber makanan haram bukan saja dilarang Allah, tetapi segala munajat doanya tidak diperkenankan Allah.
Dalam satu kisah yang diceritakan Ibnu Mardawaih yang diperoleh daripada Ibnu Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, iaitu Saad Ibn Abu Waqqas memohon kepada Rasulullah supaya Baginda memohon kepada Allah agar dikabulkan segala doanya.
Berkata Rasulullah kepada Saad, “Wahai Saad. Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya.
Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari.
Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya daripada harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”
Justeru, melalui kisah tersebut nyatalah Islam sangat memberikan penekanan kepada aspek pemakanan dengan mengajak seluruh umatnya supaya berhati-hati memilih makanan serta menjauhi sumber haram.
Islam juga menekankan kepada gaya pemakanan yang bercorak sederhana dan tidak melampau.
Menurut Imam Al-Ghazali terdapat enam sifat tercela yang berlaku akibat pola pemakanan yang melampau atau berlebihan.
Kata beliau, antaranya timbul sikap malas untuk beribadah kepada Allah, tidak memberi tindak balas apabila mendengar perkataan yang penuh hikmah, apabila menyampaikan nasihat dan hikmah, maka penyampaiannya itu tidak menyentuh hati ramai orang.
Yang paling penting kata Imam Al-Ghazali ialah akan menimbulkan banyak penyakit.
Demikian impak negatif daripada budaya pemakanan berlebihan.
Kerana faktor itulah Islam menunjukkan jalan yang penuh berinti pati pencegahan, iaitu dengan mengamalkan pola pemakanan seimbang dan sederhana.
Dalam dunia serba moden, kita sentiasa disajikan di depan mata dengan aneka menu yang menyelerakan sehingga ada kalanya kita terlupa segala pesanan Rasulullah dan peringatan Allah agar bersederhana dalam makan dan minum.
Semua yang dilarang Allah mempunyai hikmah bermanfaat buat umat.
Misalnya, Allah berfirman, “Makan dan minumlah kamu, jangan melampaui batas.” (Maksud Surah Al-A’raf ayat 31). Dalam ayat ini, Allah memerintahkan kita agar tidak melampau dalam aspek makan minum. Dengan erti kata lain, seseorang mukmin perlu bersederhana dan tidak mengikut nafsu.
Peringatan Allah supaya kita tidak berlebih-lebihan dalam makan minum ditinjau daripada perspektif sains kesihatan sememangnya menepati kehendak piawai sains moden. Terangkum padat dalam arahan Allah itu kemanfaatan buat umat manusia yang memelihara kualiti kesihatan fizikal dan mental.

Mari kita hayati sejenak apa yang pernah Nabi Daud wasiatkan. Katanya, “Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, ia seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dilihat oleh orang yang sakit.”
Bagaimana saudaraku yang dirahmati Allah? Betul atau tidak apa yang dikatakan Nabi Daud itu?
Sudah tentu kita bersetuju 100 peratus apa yang diluahkan baginda itu, tetapi memahami saja tidak mencukupi. Kita seharusnya menghayatinya dalam amalan kehidupan seharian.
Dr Adi Hashman, penulis buku ‘Mengapa Rasulullah s.a.w Tidak Sakit’ ada mengatakan dalam karyanya bahawa status kesihatan individu dipengaruhi makanan. Katanya lagi, faktor ini penting kerana menjadi faktor yang dapat dikendali dan dikawal. Orang yang memiliki prinsip ‘hidup untuk makan’ sebenarnya mempercepatkan ajal seperti menggali kubur dengan giginya sendiri.
Pelbagai penyakit muncul pada era moden ini berkaitan pola makan yang berlebihan serta sistem pemilihan makanan yang tidak betul atau makan dengan kekerapan tidak teratur.
Pada zaman Rasulullah terdapat seorang tabib atau doktor yang mendalami ilmu perubatan Galenik iaitu Haris Ibnu Kaladah dan beliau merumuskan ‘Perut itu punca segala penyakit.’ Manakala Rasulullah sendiri ada mengatakan, “Perut itu gudang penyakit.” (Hadis riwayat Muslim).
Jadi, untuk memastikan kualiti kesihatan jasmani dan emosi kita berada pada tahap berpiawai tinggi seharusnya kita menyusuri panduan yang diperturunkan Rasulullah khususnya dalam aspek pemakanan itu.

Info Slim Diet II - 6 Tips Ringkas Untuk Melakukan Senaman
Berasa seronok terhadap apa yang anda lakukan -
Konsep senaman adalah untuk menggerakkan otot-otot tubuh anda daripada tidak melakukan apa-apa. Tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa berjam-jam di gym untuk melakukan senaman. Ianya adalah terpulang kepada keselesaan dan masa yang bersesuaian dengan anda. Sekiranya anda lebih selesa untuk berjalan-jalan di kawasan taman dan merasakan ianya dapat membuatkan anda gembira, teruskan usaha tersebut.
Jadualkan senaman anda -
Untuk anda melihat hasil daripada senaman yang telah dilakukan, ia perlu mengambil masa. Selain daripada itu, konsistensi amatlah penting untuk mendapatkan hasil yang anda idamkan. Sekiranya anda bersenam hanya mengikut apabila anda merasakan ingin bersenam, ianya pasti tidak akan berhasil kerana untuk melihat hasil daripada senaman perlukan usaha yang konsisten dan berterusan. Walaupun anda telah mendapatkan objektif sebenar anda melakukan senaman, ianya perlu diteruskan untuk anda memelihara berat, susuk tubuh, tenaga dan sebagainya. Jika tidak, pasti apa yang anda telah usahakan akan kembali kepada keadaan asal.
Kepelbagaian -
Adalah normal kepada seseorang untuk berasa bosan sekiranya melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Anda tidak perlu takut untuk mempelbagaikan jenis senaman yang anda rasa seronok untuk melakukannya. Mungkin sebelum ini anda bersenam dengan berjalan dan apabila anda sudah berasa bosan, mungkin anda boleh mempelbagaikannya dengan mengayuh basikal atau sebagainya.
Mulakan senaman dengan pemanasan badan -
Pasti ramai yang tidak merasakan pentingnya untuk anda memanaskan badan sebelum melakukan senaman. Otot-otot anda perlu diregangkan terlebih dahulu sebelum ianya ditugaskan untuk melakukan sesuatu yang lebih berat. Ini adalah untuk mencegah daripada kerosakan rangkaian otot dan membantu darah untuk mengalir dengan baik ke seluruh bahagian tubuh. Sekiranya darah tidak dapat dialirkan dengan baik, berkemungkinan anda akan pengsan, sesak nafas atau sebagainya. 5 minit sudah memadai untuk anda memanaskan badan.
Lakukan senaman dengan cara bersukan- Bersukan adalah cara yang paling menyeronokkan untuk anda melakukan senaman kerana ia dapat mengelakkan anda daripada berasa bosan keseorangan. Dengan bersukan, anda boleh menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Sebagai contoh, bersukan seperti bermain bola sepak adalah waktu terbaik untuk anda mengeratkan silaturrahim disamping dapat membantu untuk menyihatkan tubuh badan.
Bersukan dapat memberikan anda lebihan tenaga -
Tidak dinafikan sekiranya anda baru sahaja bermula untuk melakukan senaman, pasti tubuh anda akan berasa lebih penat berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana perubahan terhadap rutin yang biasa dilakukan oleh otot. Tetapi, sekiranya ianya dilakukan secara berterusan, pasti anda dapat melihat hasilnya bahawa ia akan memberikan lebihan tenaga kepada anda. Anda akan lebih semangat untuk melakukan aktiviti harian anda yang lain dan ianya bukannya untuk lebih memenatkan anda.
No comments:
Post a Comment