Info Slim Diet II – Selamat Tinggal Peha Besar!

Peha besar mungkin dah jadi satu masalah biasa bagi perempuan.
Kalau body cutting Fasha Sandha tiba tiba peha saiz Farah Fauzana.
Nak
beli seluar pun dah terseksa.
Lelaki jarang bermasalah macam ni sebab
memang diorang dicipta kan tanpa cutting.
Melainkan dengan liposuction yang mahal dan bahaya ataupun teknik yang lebih murah iaitu guna KRIM PATI HALIA MUSTAJAB tapi lambat. Entah berapa lori krim baru kurang 3mm.
Kalau turun berat badan, turun semua dan kalau naik berat badan maksudnya naik semua bahagian. Takkan pernah ada ‘turun kat bahagian perut yang lain maintan je‘ tapi kalau lah betul ada mungkin Malaysia ni dipenuhi dengan lelaki ‘tuff’ tanpa perut boroi.
Senaman dan diet yang betol mungkin boleh membantu gadis gadis berpeha besar. Tapi macam mana nak bersenam? Nak kena makan apa?
1 – DIET
Kekerapan: Setiap hari
Bosan tahan nafsu makan? Tetapi itulah hakikatnya. Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang sepatutnya. Protein kena cukup untuk bantu kekalkan otot peha (dan otot bahagian lain jugak) ketika proses penurunan berat badan. 2g protien untuk setiap 2kg.
2 – Senaman fokus pada paha
Kekerapan: 3 kali seminggu
Fokus pada senaman yang melibatkan otot peha depan dan peha belakang. 2 contoh senaman yang boleh kita buat ialah ‘Lunges’ dan ‘Squat’.

Lunges

Squats
3 – Senaman kekuatan dahulu, baru cardio
Kekerapan: 3 kali seminggu
Buat senaman di atas sebelum memulakan kardio (jogging). Untuk pastikan kita dah guna sehabis mungkin ‘muscle glycogen’ dan ‘liver glycogen’ masa buat senaman tadi. Bila kita mula jogging, badan mungkin dah kehabisan sumber tenaga tadi, so terpaksa guna sumber tenaga alternatif yang terakhir iaitu lemak.
4 – Rehat
Isnin senaman/kardio, Selasa rehat, Rabu kembali kepada senaman/kardio, dan seterusnya. Rehat penting untuk tisu-tisu otot bahagian kaki ’dibaiki’. Otot peha yang kuat akan membakar lebih lemak ketika bekerja. Diet dan rehat yang cukup sangat membantu dalam proses menghilangkan lemak dan membentuk otot.
Dengan 4 steps ni + cara yang betul dan konsisten, hasil akan kelihatan dalam masa sebulan. InsyaAllah, tak ada jaminan ni tau. Korang kena rajin kalau malas hiduplah dengan peha besar tu selamanya. No pain no gain lah kan?
Sumber dari : selangor2u.com
Terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete